Hari-hari yang berlalu, kita melihat dan mendengar kisah-kisah perkahwinan yang hebat di kalangan saudara-saudara kita, artis, selebriti dan juga orang-orang kenamaan seiring dengan kisah-kisah perceraian yang begitu banyak berlaku.
Perkahwinan merupakan sebuah hubungan suci yang membolehkan manusia berkembang secara maksimum dengan adanya faktor-faktor teraputik seperti cinta, sokongan dan galakan yang diberikan oleh pasangan..
Seseorang isteri biasanya inginkan suami yang boleh mendengar, memahami, terjamin dalam kerjaya, boleh diharap, agresif tetapi lembut hati dan sentiasa berusaha memperbaiki kualiti perkahwinan mereka.
Kejayaan sesebuah perkahwinan banyak bergantung kepada cara anda melayan pasangan anda setiap hari. Pada awal usia perkahwinan, setiap kali anda melafazkan 'Aku Cinta Padamu' atau 'I love you', kepada suami atau isteri anda, pastikan ia dilakukan dengan sepenuh hati. Pasangan anda boleh melihat kejujuran anda hanya dengan memandang mata anda. Ucapkanlah kata-kata kasih kepadanya sambil memeluknya dan luangkanlah sedikit masa untuknya dalam usaha anda mencari makna sebuah perkahwinan.
http://hushimmotivational.blogspot.com
Peristiwa Pilu 11 April 2021
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan