Antara ciri pekerja cemerlang:
# Kerja menjadi hobi baginya, lazimnya dia datang awal dan balik lambat.
# Sangat mementingkan disiplin.
# Kualiti kerja lebih daripada biasa.
# Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja tanpa mengira status.
# Waktu bekerja lapan jam sering dilanjutkan hingga 10 jam dan kadang kala menjangkau 12 jam!
# Memberi idea unik untuk memajukan tempat kerja.
# Sentiasa berpakaian kemas, raut wajah tenang.
Jika mahu mencapai tahap kecemerlangan diri, ubah sikap biarpun hanya mampu menerapkan salah satu daripada ciri itu.
Mula-mula memang agak susah tetapi jika sering dilatih, ia membuatkan diri semakin cekap dan terbiasa. Tidak pun, cuba berlakon sebagai pekerja cemerlang.
Paling penting, perubahan itu memerlukan kesabaran tinggi serta tahan hati mendengar kata-kata kurang enak masyarakat sekeliling di tempat kerja.
Lazimnya manusia kurang senang melihat orang lain sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana organisasi.
Berikan tumpuan 100 peratus pada diri sendiri. Biarpun menerima sindiran agak pedas, jangan cepat melatah.
Peristiwa Pilu 11 April 2021
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan